Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

bantuan khas kewangan bkk 2023 bonus penjawat awam
Sumber: Berita RTM

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023 yang diumumkan melalui Mini Bajet 2023 hari ini.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:

• Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan

• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Bantuan Khas_Kewangan (BKK) 2023

  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022

Dibayar pada 17 Januari 2023.

Rujukan:

Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj

bonus penjawat awam pesara
bonus penjawat awam pesara
bonus penjawat awam pesara

Bantuan Khas Pesara 2023

Berikut adalah soalan lazim khusus berkenaan pelaksanaan pemberian BKK 2023 kepada pesara Kerajaan, dihebahkan untuk makluman bersama.

bantuan khas pesara bkk 2023
bantuan khas pesara bkk 2023
bantuan khas pesara bkk 2023

Comments

Popular posts from this blog

[K-Movie] Once Upon a Time in High School (2004) DVDRip HardSub

G.B.H.(2012) DVDRip 300Mb Mkv

Volume dozed, Alza Rempuh Lights Up Breaking Poster