Posts

Showing posts from March, 2023

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

Image
Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350. Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. “Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023. Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam. Sumber